global

Tentera Myanmar perlu neutral

Oleh AFP

YANGON: Pasukan tentera Myanmar perlu bebas daripada politik, kata penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, ketika mereka menyiarkan bahagian akhir laporan mengulangi desakan bagi pegawai atasa didakwa kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Islam Rohingya.

Kempen kejam tentera tahun lalu memaksa lebih 700,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Laporan PBB setebal 444 muka surat itu mendesak kepemimpinan atasan tentera digantikan dan institusi itu tidak lagi mempunyai pengaruh mengatasi pentadbiran negara itu.

Tentera Myanmar menguasai negara majoriti Buddha itu, mempunyai 25 peratus kerusi Parlimen dan mengawal tiga kementerian.

Namun laporan menyatakan kepemimpinan umum negara itu perlu mengenepikan tentera atau Tatmadaw daripada politik Myanmar, merujuk angkatan tentera.

Analisis terperinci PBB, berdasarkan usaha selama 18 bulan dan lebih 850 temubual, menggesa masyarakat antarabangsa menyiasat pegawai atasan kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai, termasuk panglimanya, Min Aung Hlaing.

Tentera Myanmar menafikan hampir semua salah laku, menegaskan kempen itu wajar untuk menghapuskan militan Rohingya.

Penyiasat berkata, Tatmadaw perlu distruktur semula dan proses itu perlu bermula dengan menggantikan kepemimpinan sedia ada.

Disiarkan pada: September 18, 2018 @ 4:15pm
d