global

Simpan mayat bayi dalam loker

Oleh AFP

TOKYO: Polis Jepun menahan wanita berusia 49 tahun yang disyaki membuang mayat bayi di dalam loker syiling, di tengah laporan dia sudah memindahkan mayat berkenaan sejak lima tahun lalu.

“Suspek membiarkan dan meninggalkan mayat bayi di dalam loker berhampiran Stesen Uguisudani,” kata jurucakap polis Tokyo, dengan kejadian terbaru berlaku 13 September lalu.

Menurut media tempatan, penganggur itu menyerah diri dan mengaku menyimpan mayat itu di dalam loker berhampiran stesen berkenaan sejak menderita anak yang dilahirkan meninggal dunia ‘empat atau lima tahun lalu’.

“Saya panik selepas bayi yang dilahirkan meninggal dunia dan menyimpan mayatnya kerana tidak sanggup membuangnya,” kata wanita itu kepada penyiasat, menurut Kyodo News.

Beliau memutuskan untuk menyerah diri selepas dihalau dari rumah yang dihuninya, menurut Kyodo.

Dia meninggalkan kunci loker di rumah itu dan menyangka seseorang mungkin akan menemui mayat bayi itu.

Disiarkan pada: September 25, 2018 @ 3:45pm
d