global

Penumpang terberak dalam gerabak wanita

Oleh Agensi

Jakarta: Malang buat penumpang kereta api komuter apabila terpaksa menghidu bau busuk gara-gara salah seorang penumpangnya didakwa membuang air besar dalam gerabak wanita.

Kejadian malam semalam itu berlaku ketika penumpang menaiki KRL Commuterline dari Stesen Jatinegara menghala ke Stesen Bekasi.

Insiden itu diketahui selepas seorang netizen menggunakan akaun Twitter @catterpink menghantar tweet mengenai kejadian itu.

“Tolong @CommuterLine ada orang membuang air besar dalam gerabak,” tulisnya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di gerabak 10 iaitu gerabak khas yang disediakan untuk penumpang wanita.

Penumpang yang menyedari kejadian itu dikatakan terus membuka tingkap selain ada yang terus berpindah ke gerabak lain.

Sementara itu, Commuter Line mengesahkan sudah membersihkan kotoran itu berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik.

Mereka turut memohon maaf kepada @catterpink dan penumpang lain atas ketidakselesaan yang dihadapi.

Disiarkan pada: September 28, 2018 @ 8:22pm
d