global

Gempa 5.9 magnitud landa Flores

Oleh Reuters

ENDE: Satu gempa bumi dengan magnitud awal 6.2 direkodkan berlaku berhampiran pulau selatan Indonesia di Flores, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini.

Gegaran itu, empat hari selepas gempa bumi kuat di Sulawesi mengorbankan sekurang-kurangnya 844 orang.

Gempa berkenaan, berlaku sejauh 250 kilometer di barat daya di sini, kemudian diturunkan USGS kepada magnitud 5.9.

Tiada amaran tsunami atau laporan berkaitan kematian atau kerosakan dikeluarkan.

Disiarkan pada: October 2, 2018 @ 10:05am
d