global

Arah lebih ramai penyelamat dihantar

Oleh Agensi

PALU: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo mengarahkan lebih ramai anggota penyelamat dihantar ke Palu bagi proses memindah, mencari dan menyelamatkan mangsa ketika pihak berkuasa mengumumkan jumlah korban kini mencecah 1,234 orang.

Sebahagian besar mangsa yang terbunuh ialah di Palu, selain di beberapa kawasan lain termasuk bandar perikanan Donggala.

“Ada beberapa perkara perlu diberi keutamaan dengan yang pertama mengeluar dan memindahkan mangsa dari kawasan terjejas, mencari dan menyelamatkan mereka yang masih belum ditemui,” kata Jokowi.

Reuters melaporkan, Jokowi berkata, beliau sudah mengarahkan agensi mencari dan menyelamat kebangsaan menghantar lebih ramai polis serta tentera ke kawasan terjejas dengan banyak kawasan terputus hubungan akibat jalan dan jambatan runtuh.

Ketika agensi bencana mengumumkan jumlah terbaru korban yang melebihi 1,200 orang itu, keadaan di Donggala yang paling hampir dengan pusat gempa masih belum diketahui sepenuhnya.

Disiarkan pada: October 2, 2018 @ 6:27pm
d