global

Tiga wanita maut terjatuh dalam perigi

Oleh AFP

Mumbai: Tiga wanita maut selepas terjatuh ke dalam perigi ketika menyertai upacara keagamaan di sini.

Mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang budak berusia tiga tahun sebahagian daripada pengikut yang menjalani upacara berkenaan di atas perigi sedalam 9 meter pada lewat Selasa.

“Kira-kira 14 wanita terjatuh ke dalam perigi itu apabila jeriji yang mereka duduki runtuh,” kata jurucakap jabatan pengurusan bencana, Tanaji Kamble.

Foto lokasi kejadian memaparkan pekerja jabatan mengepam air untuk misi menyelamat.

Seramai 11 wanita berjaya diselamatkan dengan lima daripadanya dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Kematian dan kecederaan adalah perkara biasa setiap kali perayaan keagamaan diadakan di India.

Tahun lalu enam wanita mati dipijak orang ramai ketika menyertai perayaan di Barat Bengal.

Pada tahun 2016, 24 pengikut terbunuh dalam rempuhan di Varanasi di Sungai Ganges.

Disiarkan pada: October 4, 2018 @ 7:50am
d