global

Itali ancam tutup lapangan terbang

Oleh Reuters

MILAN: Kerajaan Itali akan menutup lapangan-lapangan terbangnya kepada pesawat yang memasuki negara itu tanpa kebenaran dengan membawa pendatang asing dari Jerman, kata Menteri Dalam Negeri, Matteo Salvini, hari ini.

Difahamkan kedua-dua negara itu sudah bersetuju menerusi perjanjian yang mana Jerman akan menghantar pulang pendatang Itali yang sudah pun memohon suaka di negara itu, namun perjanjian itu belum lagi ditandatangani.

Akhbar Itali, La Repubblica melaporkan semalam bahawa agensi pelarian Jerman sudah menghantar ‘puluhan surat’ kepada pendatang dengan menasihati mereka supaya dihantar pulang ke Itali yang berkemungkinan menggunakan penerbangan.

Katanya, pemindahan kali pertama itu dirancang pada Selasa ini.

“Jika seseorang di Berlin atau Brussels berpendapat untuk melambakkan pendatang di Itali menerusi penerbangan yang tidak sah, mereka perlu tahu tidak akan ada lapangan terbang di sini.

“Kami akan menutup lapangan terbang seperti mana kami menutup pelabuhan,” katanya,” kata Salvini dalam kenyataan.

Disiarkan pada: October 7, 2018 @ 9:44pm
d