global

Bahana nak bunuh PM Bangladesh

Oleh AFP

DHAKA: Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemangku Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Tarique Rahman kerana terbabit dalam rancangan pembunuhan Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Kejadian pada 2004 di Dhaka itu berlaku ketika Sheikh Hasina masih berperanan sebagai pembangkang di Bangladesh.

Kejadian itu mengakibatkan Sheikh Hasina cedera, manakala 20 lagi orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu terkorban.

Menurut peguam, Mosharraf Hossain Kazal, seramai 19 lagi tertuduh kes yang sama, dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah khas di Dhaka, antaranya bekas timbalan menteri dalam negeri, Lutfuzzaman Babar.

Tarique yang juga anak bekas perdana menteri, Khaleda Zia adalah antara 49 individu yang dibicarakan dalam kes berkenaan.

Bagaimana, perbicaraan itu berlangsung tanpa kehadiran Tarique, 50, yang berjaya melarikan diri ke London pada 2008.

Beliau mengetuai BNP, iaitu parti pembangkang utama Bangladesh, walaupun hidup dalam buangan, apabila ibunya, Khaleda dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, selepas sabit kesalahan atas tuduhan rasuah.

Disiarkan pada: October 10, 2018 @ 5:47pm
d