global

Bunuh tak restu hubungan

Oleh Agensi

JAKARTA: Seorang lelaki dibunuh bapa dan keluarga kekasihnya yang tidak merestui hubungan intim mereka.

Mayat Asep Tamimi, 27, ditemui di tapak pelupusan sampah di kampung Mekarsari, Bogor, pada jam 9 pagi, 4 Oktober lalu dan dipercayai dibunuh serta dicampakkan ke situ beberapa jam sebelum itu, iaitu sekitar jam 2 pagi, laopr portal Seru Jambi.

Ketua Polis Bogor, Andi M Dicky dalam satu sidang media berkata: “Mangsa bercinta dengan anak perempuan suspek dan hubungan itu tidak direstui, malah keluarga terbabit lebih berang apabila dua kekasih itu sudah tidur bersama.

“Pada jam 4 petang, 4 Oktober lalu, abang kekasihnya datang ke rumah Asep menjemputnya ke rumah suspek.

“Bagaimanapun, mangsa dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke tapak pelupusan sampah. Mayatnya menunjukkan kecederaan akibat objek tumpul pada belakang kepala selain patah tiga tulang rusuk termasuk satu menusuk jantungnya.”

Susulan itu, enam anggota keluarga ditahan seminggu selepas penemuan mayat Asep, lapor Tribun News.

Disiarkan pada: October 15, 2018 @ 9:23pm
d