global

Gempa bumi gegar utara Sumatera

Oleh BERNAMA

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan Utara Sumatera, 12.26 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan media hari ini memaklumkan gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 26 kilometer selatan dari Meulaboh, Indonesia.

Gempa itu bagaimanapun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

Disiarkan pada: October 16, 2018 @ 8:33am
d