global

Tupai seksi cuit perhatian

Oleh Agensi

TOKYO: Kemunculan seekor tupai mencuri perhatian netizen di Jepun apabila haiwan itu dilihat mempunyai badan unik seolah-olah memiliki buah dada.

Daily Mail melaporkan, gambar haiwan comel itu yang dirakam di Zoo Inokashira, Tokyo, dikongsi pengguna Twitter yang menyifatkannya ‘haiwan seksi.’

Gambar haiwan itu dikongsi lebih 45,000 pemilik akaun Twitter yang menganggapnya melucukan.

Seorang pengguna menggunakan nama akaun boblim1204 yang turut berkongsi gambar itu, menarik ribuan respons daripada netizen lain yang juga peminat tupai.

Segelintir mereka mengisytiharkan boblim1204 berjaya menemui Clarice sebenar iaitu watak kekasih dalam rancangan Disney, Chip and Dale.

Lokasi itu terkenal dengan taman tupai, malah haiwan itu turut dijadikan maskot.

Ia menempatkan pelbagai spesies yang ada di Jepun termasuk burung, rakun, monyet serta tupai asli.

Tupai Jepun adalah spesies terancam dan dikatakan hampir pupus di pulau Kyushu.

Populasi haiwan itu semakin hilang disebabkan aktiviti perhutanan oleh manusia.

Disiarkan pada: October 17, 2018 @ 6:19am
d