global

Harry, Meghan 'relax' berkaki ayam...

Oleh AFP

SYDNEY: Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle cuma berkaki ayam dan memakai kalungan bunga ketika singgah di pantai Bondi yang terkenal dalam lawatan mereka ke Australia.

Meghan yang kini hamil mengenakan pakaian musim panas dan menanggalkan kasut tumit tinggi manakala Harry memilih fabrik kapas ketika pasangan itu menerima sambutan peminat dan menyaksikan luncur air di Bondi.

Di sebalik kabus pagi, mereka bertemu peminat luncur air dan duduk di atas pasir untuk berbual dengan pemimpin kumpulan OneWave, yang membantu memperbaiki kesihatan mental orang ramai dengan melakukan aktiviti luar.

Papan tanda ‘Selamat Datang Harry dan Meghan’ menyambut kedatangan pasangan itu, yang menerima sambutan hangat daripada peminat sepanjang lawatan 16 hari itu.

“Anda dengan cerita mereka yang bertemu Ratu apabila beliau ke sini pada 1954. Mereka masih bercakap mengenai sehingga kini.

“Saya dapat lihat ia adalah antara perkara yang akan saya bualkan dengan cucu saya dan generasi akan datang. Ia seronok,” kata seorang peminat, Christopher Cundle, 26.

Walaupun separuh rakyat Australia menentang keluarga diraja Britain sebagai ketua negara, dan majoriti melakukan urusan seperti biasa, ramai yang menyambut selebriti diraja itu pada setiap persinggahan.

Disiarkan pada: October 19, 2018 @ 3:42pm
d