global

17 terbunuh nahas kereta api di Taiwan

Oleh AFP

YILAN: Sekurang-kurangnya 17 maut selepas kereta api tergelincir dan terbalik di Taiwan hari ini, kata pihak berkuasa.

Pentadbiran Kereta Api Taiwan mengesahkan angka korban dan berkata lebih 70 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di timur laut wilayah Yilan.

Sekurang-kurangnya lima gerabak terbalik ke tepi, menurut laporan wartawan AFP di lokasi kejadian.

Imej dari lokasi menunjukkan kereta api laju Puyuma Express tergelincir sepenuhnya dan berada dalam keadaan bengkang-bengkok sepanjang landasan.

Pihak berkuasa berkata, kemalangan berlaku pada jam 4.50 petang waktu tempatan tetapi tidak memberikan butiran mengenai punca nahas.

Agensi bomba kebangsaan berkata, ada 310 penumpang dalam kereta api itu yang dalam perjalanan ke bandar raya Taitung di selatan.

Disiarkan pada: October 21, 2018 @ 8:53pm
d