global

4 gempa bumi gegar pantai Kanada

Oleh AFP

WASHINGTON: Empat gempa bumi, berukuran 4.9 hingga 6.8, melanda pantai barat Kanada dengan pantas lewat semalam, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gegaran gempa bumi pertama berukuran 6.6 yang berlaku pada 10.39 malam waktu tempatan, terletak 218 kilometer ke barat daya Port Hardy, wilayah kecil di timur laut British Columbia di Vancouver Island dan 571 kilometer ke barat laut Seattle.

Gegaran besar kedua, berukuran 6.8, berlaku 196 kilometer ke barat daya bandar di Kanada lebih setengah jam kemudian, pada 11.16 malam waktu tempatan.

Enam minggu kemudian, gegaran ketiga berukuran 6.5 didaftarkan berlaku 222 kilometer ke barat daya Port Hardy, sebelum gegaran lemah 4.8 direkodkan di tempat sama 14 minit selepas itu.

Tiada laporan awam mengenai kerosakan atau kecederaan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Disiarkan pada: October 22, 2018 @ 4:45pm
d