global

Keluarga Khashoggi tinggalkan Arab Saudi

Oleh AFP

RIYADH: Anak sulung wartawan dibunuh, Jamal Khashoggi, Salah dan keluarganya sudah meninggalkan Arab Saudi, selepas kerajaan negara itu menarik balik larangan perjalanan, kata Human Rights Watch (HRW), semalam.

“Salah dan keluarganya dalam pesawat ke Washington sekarang,” kata pengarah eksekutif HRW untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Sarah Leah Whitson kepada AFP memetik kawasan keluarga itu.

Pihak berkuasa Arab Saudi tidak memberikan ulasan, namun Whitson berkata, mereka sudah dibenarkan keluar, selepas sekatan perjalanan terhadap Salah ditarik balik.

Kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi dibunuh, 2 Oktober lalu, selepas berkunjung kepada konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk mendapatkan dokumen sebelum berkahwin dengan tunangnya warga Turki.

Disiarkan pada: October 26, 2018 @ 1:08am
d