global

8 maut, 12 cedera

Oleh Reuters

SEKURANG-KURANGNYA lapan maut ditembak dan 12 lagi cedera dalam serangan di kuil Yahudi di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat ketika upacara keagamaan Sabbath semalam, kata pihak berkuasa tempatan dan laporan media tempatan.

Suspek ditangkap dan kejadian disyaki bermotifkan jenayah benci.

“Lelaki kulit putih berjanggut lebat” ditahan, lapor stesen televisyen KDKA, memetik sumber polis berkata penembak berjalan memasuki bangunan dan menjerit: “Semua Yahudi mesti mati.”

Suspek turut melepaskan tembakan ke arah pegawai yang bergegas ke tempat kejadian menyebabkan tiga daripada mereka cedera.

Gabenor Pennsylvania, Tom Wolf, yang berada di lokasi kejadian menurut media tempatan, berkata dalam Twitter: “Kami menyediakan apa saja bantuan diperlukan.”

Pusat Perubatan Universiti Pittsburgh berkata, ia merawat ramai pesakit di UPMC Presbyterian.

Kuil itu menganjurkan upacara keagamaan shabbat yang bermula pada jam 9.45 pagi waktu tempatan, menurut laman web pertubuhan itu.

Sejurus selepas laporan tembakan itu disiarkan, Presiden Donald Trump berkata beliau melihat apa yang digambarkan keadaan ‘dahsyat.’

Disiarkan pada: October 28, 2018 @ 3:13am
d