global

[UPDATE] King Power enggan ulas

KONGLOMERAT bebas cukai, King Power yang berpangkalan di Thailand enggan mengulas lanjut mengenai insiden helikopter milik pengerusinya, Vichai Srivaddhanaprabha yang dilaporkan terhempas di Leicester City, semalam.

Vichai adalah pemilik kelab bola sepak Leicester City dan helikopter itu dilaporkan terhempas di luar Stadium King Power, sebaik sahaja tamat perlawanan Liga Perdana.

Dua pegawai King Power yang dihubungi Reuters berkata, mereka tidak dapat mengesahkan atau menafikan sama ada Vichai menaiki helikopter itu.

“Kami tidak dapat mengesahkan apa-apa dan tiada kenyataan akan dikeluarkan setakat ini,” kata pegawai King Power. - Reuters

Berita berkaitan

Helikopter pemilik 'The Foxes' terhempas

Disiarkan pada: October 28, 2018 @ 12:01pm
d