global

Boeing pantau insiden Lion Air

Oleh AFP

JAKARTA: Syarikat pembuat pesawat, Boeing dalam mesej yang dimuat naik di Twitter berkata, mereka sedang memantau insiden membabitkan Lion Air yang dilaporkan terhempas di Sumatera.

Pesawat Lion Air yang membawa 188 penumpang dan anak kapal disahkan terhempas, tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, pagi tadi.

“Pesawat disahkan terhempas pada kedalaman 30 hingga 40 meter.

“Kami masih mencari bangkai pesawat,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana dan Penyelamat Indonesia (BASARNAS), Yusuf Latif kepada AFP.

Disiarkan pada: October 29, 2018 @ 12:37pm
d