global

9 beg cebisan mayat setakat ini

Oleh Agensi/NYT

PIHAK berkuasa Indonesia berkata malam ini, cebisan mayat yang ditemui dari tapak nahas diletakkan dalam sembilan beg mayat, namun tidak pasti berapa ramai mangsa terbabit.

Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk pesawat Boeing 737 MAX 8 milik penerbangan JT610 Lion Air yang berlepas dari ibu kota ini 6.20 pagi tadi menuju ke ibu kota wilayah Bangka Belitung.

Laman web penerbangan Flight Tracker berkata, pesawat dijadualkan tiba jam 7.20 pagi di Pangkal Pinang, Sumatera.

Pihak berkuasa berkata, pekerja penyelamat menjalankan carian di tapak sejauh 2 batu nautika di selatan, koordinat terakhir pesawat dikesan. Penumpang terdiri daripada 178 orang, dua bayi, seorang kanak-kanak serta sekurang-kurangnya 20 pegawai Kementerian Kewangan dan seorang warga Itali.

Juruterbang warga India, Kapten Bhavye Suneja antara tujuh kru penerbangan yang maut dalam nahas itu.

Sementara itu, laman web sfgate melaporkan, rakan dan saudara mara mengucapkan takziah kepada ibu bapa juruterbang warga India terbabit sebelum pasangan itu berlepas dari New Delhi ke ibu kota ini.

“Tolong doakan kami,” kata ibu Suneja yang menangis ketika masuk dalam kenderaan.

Seorang rakan keluarga, Anil Gupta, berkata, bapa Suneja terkejut sehingga tergamam apabila menerima berita itu manakala saudara perempuan dan ibunya enggan bertemu sesiapa.

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Disiarkan pada: October 29, 2018 @ 11:04pm
d