global

Curi bebola mata mayat

Oleh Agensi

BEIJING: Empat orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rangkaian pemerdagangan organ selepas bebola mata dicuri daripada mayat yang ditinggalkan dalam rumah mayat hospital, lapor media tempatan.

Lelaki terbabit mati akibat kegagalan organ pada Selasa lalu di Hospital Rakyat Ningxiang di wilayah Hunan. Kakaknya yang datang untuk melihatnya pada petang sama terkejut apabila bebola matanya hilang, lapor portal berita Cqcb.com.

“Bebola kapas disumbatkan dalam lubang mata kiri manakala lubang mata kanan dicacak peralatan pembedahan. Kedua-dua bebola matanya hilang.

“Tolonglah, kembalikan maruah adik saya. Kejadian tidak berperikemanusiaan ini berlaku ketika kami sudahpun cukup sedih,” katanya di platform media sosial WeChat.

“Siasatan awal menunjukkan mereka berpakat menjual organ,” kata sumber polis.

Pihak hospital kini dalam proses merunding pampasan dengan keluarga terbabit.

Disiarkan pada: November 2, 2018 @ 4:20pm
d