global

14 lagi rentung dalam Camp Fire

Oleh Reuters

PARADISE, California: Penemuan 14 lagi mayat mangsa di California Utara yang meninggal dunia akibat kebakaran hutan, menjadikan jumlah kematian ketika ini meningkat kepada 23 orang, kata seorang pegawai.

Jurucakap Jabatan Perlindungan Hutan dan Kebakaran California, Scott Maclean berkata, kebanyakan mayat ditemui di dalam kawasan dan sekitar Paradise, penduduk kawasan pergunungan yang terletak kira-kira 145 kilometer ke arah Sacramento yang dimusnahkan ‘Camp Fire’.

Maclean berkata tidak ada butiran lengkap berhubung kejadian terkini kematian dan keadaan mayat yang melecur menyukarkan usaha mengenal pasti dilakukan.

Setakat ini ‘Camp Fire’ sudah memusnahkan lebih 6,700 rumah dan gedung perniagaan di Paradise dan jumlah itu dikatakan lebih tinggi berbanding rekod kebakaran hutan yang pernah berlaku sebelum ini.

Menurut polis, beberapa mangsa yang ditemui awal minggu ini dijumpai berhampiran atau di dalam kenderaan yang terbakar. Kebakaran yang melanda kawasan pergunungan marak begitu pantas memaksa kebanyakan penduduk meninggalkan harta benda untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, tambahan 35 orang lagi dilaporkan hilang dan tiga anggota bomba cedera.

Kebakaran ‘Camp Fire’ menyebabkan kawasan seluas 40,500 hektar dilitupi asap hitam di kawasan ladang. Bomba berjaya mengawal hampir 20 peratus daripada api.

Kira-kira kawasan seluas 800 kilometer ke selatan, kebakaran Woolsey memusnahkan kawasan di kaki bukit Malibu, dua kali ganda saiz yang terjejas semalam.

Keadaan itu ternyata mengancam beribu-ribu rumah selepas pihak berkuasa memerintahkan satu juta penduduk di bandar pesisir pantai serta komuniti lain di Los Daerah Angeles dan Ventura.

Disiarkan pada: November 11, 2018 @ 6:12pm
d