global

Keluarga mangsa saman Boeing

Oleh AFP

KELUARGA lelaki Indonesia yang menjadi seorang mangsa nahas pesawat Lion Air mengemukakan saman ke atas syarikat Boeing.

Mereka mendakwa, nahas berkenaan mungkin berpunca daripada masalah yang berlaku dalam sistem kawalan penerbangan terbaru pesawat 737 itu.

Bapa kepada mangsa, Rio Nanda Pratama, memfailkan saman itu semalam di Illinois, Amerika Syarikat iaitu lokasi ibu pejabat Boeing.

Pratama adalah seorang doktor yang sepatutnya berkahwin dengan gadis pilihannya sejak bersekolah menengah, minggu ini.

Tunang Pratama, Intan Syari, 26, menjadi perhatian ramai selepas bergambar sendirian dengan berpakaian gaun pengantin yang sepatutnya dipakai ketika majlis perkahwinan di Indonesia.

Intan berkata, bakal suaminya bergurau supaya dia meneruskan sesi bergambar jika dia tidak pulang selepas menaiki pesawat itu.

Pratama, 26, adalah antara 189 orang yang maut selepas pesawat Boeing 737-MAX menjunam ke dalam Laut Jawa pada 29 Oktober lalu, kurang 20 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju bandar Pangkal Pinang.

Semua anak pesawat dan penumpang maut. Pesawat 737-MAX berkenaan baru saja mula mengambil pelanggan Lion Air pada Ogos lalu.

Persoalan mengenai punca nahas tertumpu kepada dakwaan kegagalan Boeing memberitahu firma penerbangan dan juruterbang mengenai perubahan kepada sistem anti-pegun baru.

  • Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air
  • Disiarkan pada: November 16, 2018 @ 5:11pm
    d