global

Henti hantar surat ke Kanada

Oleh AFP

OTTAWA: Perkhidmatan pos Kanada merayu dunia supaya berhenti menghantar surat dan pakej apabila pekerjanya yang sedang melancarkan mogok menolak tawaran kontrak terbaru.

Pos Kanada, yang berhadapan kebuntuan penghantaran serius apabila kekacauan buruh dijangka masuk minggu kelima, baru-baru ini mengemukakan tawaran kepada kakitangannya dalam usaha akhir menamatkan mogok itu.

Ini susulan amaran Perdana Menteri, Justin Trudeau, bahawa kerajaan bersiap sedia masuk campur untuk menyelesaikan perbalahan buruh menjelang musim percutian.

Kerajaannya berhadapan tekanan daripada peruncit atas talian termasuk eBay untuk membantu menamatkan mogok sebelum acara jualan Black Friday dan Cyber Monday, yang bermula 23 November ini.

Namun jurucakap Kesatuan Pekerja Pos Kanada memberitahu tawaran itu, yang dijangka berakhir hari ini, ‘tidak memuaskan’ dan kesatuan ‘tidak akan membentangkan ia kepada anggota.’

Sementara itu, Pos Kanada, berkata bebanan penghantaran yang berkebetulan dengan permulaan mogok pada 22 Oktober lalu kini dipanjangkan kepada surat dan pakej yang memasuki negara itu.

“Akibatnya, kami terpaksa menasihatkan pos antarabangsa, termasuk Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat, kami tidak dapat menerima barangan yang masuk hingga notis selanjutnya,” katanya dalam emel.

Disiarkan pada: November 17, 2018 @ 10:52am
d