global

Raja Salman pertahan anak

Oleh AFP

RIYADH: Raja Salman menyebelahi puteranya dan memuji badan kehakiman semalam dalam kenyataan umum pertamanya sejak kritikan terhadap pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi meletakkan negara itu ke dalam antara krisis terburuk.

Pendakwa raya umum, minggu lalu membebaskan Putera Mahkota Mohammed bin Salman daripada terbabit dalam pembunuhan di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, tetapi Agensi Perisikan Pusat (CIA) dilaporkan merumuskan beliau mengarahkan pembunuhan itu.

Pendakwa menggesa hukuman mati ke atas lima lelaki yang ditahan sebelum ini, mengumumkan pendakwaan terhadap 11 lagi, dan berkata keseluruhan 21 individu ditahan berkaitan pembunuhan itu.

“Negara ini diasaskan dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan Islam, dan kami bangga dengan usaha kehakiman dan pendakwaan awam.

“Kami memastikan negara ini tidak menyimpang daripada melaksanakan undang-undang Tuhan tanpa diskriminasi,” kata pemerintah berusia 82 tahun itu pada ucapan tahunan kepada Majlis Syura.

Di Arab Saudi, cuma raja membuat kuasa menyingkirkan putera mahkota yang berpengaruh itu, yang berhadapan kritikan antarabangsa berhubung pembunuhan itu tetapi menegaskan beliau berulang kali menegaskan tidak berhasrat melakukannya.

Dalam ucapan itu, Raja Salman memuji program pembaharuan ekonomi puteranya bertujuan menghasilkan pekerjaan kepada penduduk muda.

Disiarkan pada: November 20, 2018 @ 11:59am
d