global

81 maut, 870 hilang kebakaran hutan California

Oleh AFP

LOS ANGELES: Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di utara California meningkat kepada 81 orang, semalam dengan penemuan dua lagi mayat, kata pihak berkuasa.

Selain itu, jumlah mangsa hilang dalam kebakaran terburuk dalam sejarah negeri terbabit melonjak 200 kepada 870 orang.

Jumlah itu banyak menunjukkan perubahan, sejak beberapa hari lalu, disebabkan kekeliruan operasi mencari mayat di kawasan Paradise yang sebahagian besarnya musnah dijilat api.

Sabtu lalu, jumlah mangsa hilang melonjak kepada 1,276 dan kemudian turun kepada 699, Isnin lalu.

Kini, jumlah mangsa hilang kembali meningkat, selepas polis meneliti rekod panggilan, kata sherif daerah Butte, Kory Honea.

Disiarkan pada: November 21, 2018 @ 9:42pm
d