global

22 maut bot karam

Oleh AFP

DUA PULUH DUA orang maut manakala lebih 60 dikhuatiri lemas selepas bot persiaran karam di Tasik Victoria, kata polis Uganda hari ini.

Kapal itu yang membawa hampir 100 penumpang tenggelam ketika cuaca buruk semalam dalam kejadian terbaru menjejaskan pengguna bot di tasik terbesar di Afrika itu.

“Dua puluh dua mayat sudah ditemui dan 26 lagi berjaya diselamatkan.

“Menurut seorang mangsa terselamat, lebih 90 orang berada dalam bot itu,” kata pengarah operasi polis Uganda, Asuman Mugenyi.

Bot itu berkenaan karam tidak jauh dari pantai Mutima di Daerah Mukono, berhampiran dengan ibu negara, Kampala.

Mugenyi berkata, punca kejadian kemungkinan disebabkan terlebih muatan dan cuaca buruk.

“Kami mengesyaki penumpang melebihi kapasiti kapal itu.

“Ia membawa muatan berlebihan dan malangnya, penumpang mabuk.

“Kami mengesyaki keadaan mekanikal bot dan cuaca menyebabkan kejadian itu,” kata Mungeyi. — AFP

Disiarkan pada: November 25, 2018 @ 5:25pm
d