global

Antartika digegarkan gempa bumi 7.1

Oleh Reuters

VIRGINIA: Gempa bumi berukuran 7.1 berlaku semalam di selatan Lautan Atlantik, berhampiran Kepulauan Sandwich Selatan di utara Antartika, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran itu, yang pada awalnya dilaporkan berukuran 7.5, melanda kawasan terpencil dan jauh di bawah tanah.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gegaran itu tidak menyebabkan ancaman tsunami.

Disiarkan pada: December 11, 2018 @ 12:45pm
d