global

Lapor polis bapa gagal bina tandas

Oleh Reuters

CHENNAI: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari India membuat laporan polis supaya bapanya ditahan kerana gagal membina sebuah tandas seperti dijanjikan, kata polis, hari ini.

Difahamkan, jutaan warga India tidak mempunyai akses kepada kemudahan kebersihan dan membuang air besar secara terbuka menimbulkan masalah walaupun negara itu rancak dengan aktiviti industri.

Kanak-kanak perempuan terbabit, E Hannifa Zaara tidak mahu membuang air besar di tempat terbuka dan berjaya membuatkan bapanya berjanji untuk membina tandas dalam rumah, kata pegawai polis, A Valarmathi.

Bagaimanapun, tandas itu tidak dibina yang membuatkannya membuat laporan polis, kata Valarmathi.

Kawasan itu terletak di selatan Ambur kira-kira 100 kilometer dari bandar Chennai.

“Kanak-kanak perempuan itu mendesak mahu bapanya ditahan kerana merasa tertipu. Kami menghubungi bapanya, memanggil beliau ke balai polis dan menyuruh mereka berjabat tangan serta mencapai kompromi,” kata Valarmathi.

Disiarkan pada: December 12, 2018 @ 9:49pm
d