global

'Minta maaf tidak dapat hantar'

Oleh Suraya Roslan

“MINTA maaf minta ampun aku tidak boleh hantar sampai akhir, aku perlu cari Dylan dan Andi."

Demikian kata-kata vokalis kumpulan Seventeen, Riefan Fajarsyah atau Ifan kepada empat sahabatnya yang terkorban dalam tsunami, kelmarin.

Dua anggota kumpulan itu disahkan terkorban adalah pemain gitar Muhammad Awal Purbani dan Herman Sikumbang serta dua pengurus mereka Oki Wijaya dan Rukmana Rustam atau Ujang.

Luahan itu dicoretkan di Instagram miliknya sambil memaklumkan jenazah empat rakannya itu dikebumikan di empat lokasi berbeza hari ini.

"Bani dimakamkan (dikebumikan) jam 1 petang (waktu tempatan) di Gamping, Herman di Tidore, Oki jam 2 petang di Krapyak dan Ujang di Ciledug. "Sobb bani_seventeen, ko Eman hermanseventeen, poo oki_wijaya, jaang rukmanarustam. Minta maaf tidak dapat hantar, tenang dan ikhlas di sana ya... InsyaAllah kita di sini tidak akan putus kirim doa buat kamu di sana nanti," tulisnya.

Setakat ini, hanya Ifan yang ditemui selamat manakala pemain drum kumpulan itu Windu Andi serta isteri Ifan, Dylan Sahara masih belum ditemui. Kumpulan Seventeen dijemput khas membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, Banten, sebelum gelombang tsunami melanda kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia). Setakat jam 1 petang tadi, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho mengesahkan jumlah kematian dicatatkan 281 orang, 1,016 cedera, 57 masih hilang dan 11,687 orang dievakuasi. "Sebanyak 611 rumah, 69 hotel dan vila, 60 warung serta kedai dan 420 perahu didapati rosak," tulisnya di laman Twitter miliknya. Satu video memaparkan detik terakhir kumpulan itu sedang mengadakan persembahan sebelum ombak tsunami datang `menyapu' pentas dan penonton menjadi tular di laman sosial.

  • Lagi berita berkaitan tsunami Selat Sunda
  • Disiarkan pada: December 24, 2018 @ 1:59pm
    d