global

'Sabar, ini ujian Allah SWT...'

Oleh Agensi

Jakarta: Calon wakil presiden, Ma'ruf Amin, berpesan kepada orang ramai, terutama mangsa tsunami supaya bersabar dan jangan marah kepada Tuhan.

Ma’aruf adalah calon timbalan presiden untuk Presiden Joko 'Jokowi' Widodo untik pilihan raya tahun depan.

Media Indonesia melaporkan, ketika bertemu dengan mangsa tsunami di Banten hari ini, beliau berpesan kepada mereka supaya bencana itu sebagai ujian.

“Ini ujian Allah SWT. Semoga sabar, mudah-mudahan ada balasannya.

“Jangan mengeluh, jangan marah kepada Allah,” kata Ma'ruf kepada mangsa tsunami pantai Selat Sunda yang berlindung di pejabat penghulu Sukasari, Banten.

Menurutnya,

Liputan 6 melaporkan, beliau berharap bencana itu adalah ujian terakhir.

“Mudah mudahan cukup sekali ini saja. Jangan lagi terkena musibah seperti ini,” katanya.

Beliau turut memberi pesan yang sama ketika mengunjungi pusat penempatan sementara mangsa tsunami di Masjid Jami Al Mu'amanah, Jiput, Banten.

Menurutnya, orang ramai bersabar dengan ujian Allah akan mendapatkan balasan yang setimpal. - Agensi

Disiarkan pada: December 25, 2018 @ 5:33pm
d