global

Daesh mengaku serang kementerian luar Libya

Oleh Reuters

KAHERAH: Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan nekad di Kementerian Luar Libya di Tripoli, kata kumpulan itu hari ini menerusi agensi berita rasminya Amaq.

Menurut kumpulan itu, tiga anggotanya melancarkan serangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang semalam.

Laporan awal menyebut sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 21 lagi cedera akibat serangan pengebom nekad di Kementerian Luar Libya di ibu negara itu semalam.

Tiga penyerang memulakan serangan dengan bom kereta disusuli tembakan mengakibatkan beberapa kenderaan dan bangunan rosak.

Dua suspek berjaya masuk ke dalam bangunan kementerian itu dan meletupkan diri sementara seorang lagi berjaya dibunuh pengawal kementerian, kata sumber itu lagi.

Asap tebal kelihatan di bangunan yang dikepung pasukan keselamatan itu dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

Bulan lalu Daesh mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan ke atas pasukan militia di tenggara Libya yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang.

Disiarkan pada: December 26, 2018 @ 11:07am
d