global

Daging tikus sekilo RM11.69 jadi tarikan di India

Oleh AFP

KUMARIKATA: Sebuah pasar di timur laut India menjadi tumpuan orang ramai pada musim cuti kerana menawarkan menu tikus paling digemari daripada kawasan pertanian tempatan.

Haiwan itu paling baik direbus, disiat dan dimasak dengan rempah pedas, ia lebih popular berbanding ayam atau khinzir di pasar Ahad kampung Kumarikata, negeri Assam.

Pengunjung membeli ratusan ekor tikus yang baru ditangkap dan siap disiang. Petani tempatan berkata, mereka memburu haiwan itu untuk mengelakkan kerosakan pada tanaman masing-masing di kawasan yang bersempadan dengan Bhutan.

Lebih menyelerakan, daging tikus panggang turut dijual.

Tikus menjadi sumber pendapatan berharga untuk puak miskin Adivasi, mereka berdepan kesukaran mencari rezeki dengan bekerja di ladang teh di Assam.

Pada musim sejuk, ketika tiada aktiviti memetik daun teh, puak Adivasi pergi ke jelapang padi untuk memerangkap tikus kemudian dijual di pasar.

Sekilogram daging tikus boleh dijual pada harga AS$2.8 (RM11.69) menyamai harga daging ayam atau khinzir.

Disiarkan pada: December 26, 2018 @ 7:36pm
d