global

Gunung Agung meletus lagi

Oleh AFP

JAKARTA: Gunung berapi di pulau peranginan Bali, Indonesia meletus, hari ini, dengan memuntahkan debu ke udara dan kawasan perkampungan berhampiran, ketika pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong supaya mengosongkan kawasan terbabit.

Gunung Agung kerap meletus, sejak ia kembali aktif pada 2017 sehingga menyebabkan ratusan penerbangan dibatalkan dan 120,000 pengunjung terkandas.

Pagi tadi, gunung berapi yang terletak kira-kira 70 kilometer dari hab pelancongan Kuta memuntahkan abu ke udara selama tiga minit, menurut pusat gunung berapi negara itu.

“Penduduk, pendaki dan pelancong berhampiran Gunung Agung tidak patut menjalankan aktiviti di zon berbahaya atau dalam radius empat kilometer dari kawah,” menurut kenyataan pusat itu.

Disiarkan pada: December 30, 2018 @ 8:06pm
d