global

Pangsapuri runtuh akibat letupan gas

Oleh Reuters

MOSCOW: Sekurang-kurangnya dua orang mati dan 10 yang lain berjaya diselamatkan apabila pangsapuri kediaman runtuh awal pagi ini di bandar Magnitogorsk, di selatan Urals, kata agensi berita tempatan.

Agensi berita RIA memetik kenyataan kementerian kecemasan berkata, sebanyak 48 kediaman musnah dan seramai 110 orang tinggal di dalam bangunan itu.

Kementerian kecemasan berkata, menerusi laman web, sebahagian daripada bangunan itu runtuh mungkin disebabkan letupan gas dan seramai 196 orang petugas penyelamat berada di tempat kejadian.

Setakat ini, kementerian itu tidak mendedahkan jumlah mangsa yang meninggal dunia atau penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Disiarkan pada: December 31, 2018 @ 2:53pm
d