global

Lelaki tembak mati 6 anggota keluarga

Oleh AFP

BANGKOK: Seorang lelaki yang berasa dihina keluarga mentua menembak mati enam anggota keluarga termasuk dua anaknya pada parti menjelang Tahun Baru sebelum menembak diri sendiri.

Kejadian itu berlaku 10 minit selepas tengah malam ketika Sucheep Sornsung menyertai keluarga isterinya menyambut Tahun Baru di wilayah Chumphon.

Sucheep mabuk teruk ketika melepaskan tembakan di meja sebuah salun kecantikan yang menjadi hos sambutan itu di daerah Phato, kata polis.

“Semua mangsa ialah anggota keluarganya termasuk anak lelaki dan anak perempuannya yang berusia sembilan dan enam tahun.

“Mereka ditembak sama ada di kepala atau di perut. Sucheep marah kerana sebagai menantu, dia tidak disambut keluarga isterinya,” kata jurucakap polis Phato, Leftenan Kolonel Larp Kampapan.

Sucheep kemudian menembak diri sendiri.

Empat lagi mangsa ialah dua lelaki dan dua wanita berusia antara 47 dan 71 tahun.

Disiarkan pada: January 1, 2019 @ 2:13pm
d