global

Gempa 6.6 gegar Pulau Maluku

Oleh Reuters

JAKARTA: Gempa bumi 6.6 magnitud melanda bandar Ternati di Pulau Maluku, kira-kira 174 kilometer di barat laut pulau itu, diikuti gempa susulan tetapi tidak ada ancaman tsunami, kata Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran berada pada kedalaman 60.5 kilometer dan disusui gempa dengan magnitud 5.0 hingga 5.1.

Pegawai Agensi Pencari dan Penyelamat Ternate, Samud Sergi berkata, gegaran tidak terasa di bandar itu.

Jurucakap Agensi Bencana Tohomon, Sulawesi Utara berkata, mereka juga tidak merasa apa-apa gegaran di kawasan itu dan tidak mendengar berlaku kerosakan atau kematian.

Terdahulu, USGS melaporkan gempa itu berada pada kekuatan 7.0 magnitud dengan kedalaman 10 kilometer.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan data yang semasa, tidak ada sebarang ancaman tsunami susulan kejadian itu.

Disiarkan pada: January 7, 2019 @ 12:05pm
d