global

20 mayat bergelempang di sempadan AS-Mexico

Oleh Reuters

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menemui 20 mayat semalam, 17 daripadanya rentung berhampiran bandar Nuevo Laredo, hampir dengan sempadan Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai keselamatan.

Lima kenderaan terbakar turut ditemui berhampiran mayat di bandar Miguel Aleman, merentasi Rio Grande dari Texas di negeri utara Tamaulipas, kata pegawai dalam satu kenyataan tanpa memberi butiran.

Tamaulipas menjadi satu daripada negeri paling ganas di Mexico, diburukkan oleh pertempuran samseng untuk mengawal penyeludupan dadah, pemerasan dan eksploitasi pendatang.

Ratusan mayat dalam kubur tidak bertanda ditemui sejak beberapa tahun lalu selepas perang dadah sedekad lamanya diketuai tentera untuk memerangi kartel narkotik, menjurus kepada perang berdarah.

Disiarkan pada: January 10, 2019 @ 4:01pm
d