global

Nenek mati dua kali

Oleh Agensi

MOSCOW: Seorang nenek yang disahkan mati akibat hipotermia, tiba-tiba hidup semula ketika pekerja bilik mayat sedang mengikat label di kakinya sebelum kemudian sekali lagi meninggal dunia.

Wanita berusia 62 tahun dari Amur itu, mati mengejut ketika menghadiri keraian bersama saudara-maranya di Vasilyevka.

Memetik laporan menerusi DailyMail, polis yang tiba di tempat kejadian mengesahkan wanita itu meninggal dunia.

Apabila pengurus mayat dipanggil untuk menyempurnakan mayat itu, ia tiba-tiba bergerak dan hidup semula menyebabkan pegawai terbabit segera menghubungi paramedik yang menghabiskan 40 minit untuk menyedarkannya semula.

Ketua doktor Hospital Belogorsk, Mikhail Danilov mendakwa wanita itu mengalami sejuk melampau. Dia dibawa ke rawatan intensif dan meninggal dunia pada hari yang sama disebabkan hipotermia.

“Wanita itu boleh diselamatkan sekiranya menerima rawatan segera, sebaliknya dibawa ke bilik mayat,” katanya.

Disiarkan pada: January 14, 2019 @ 11:45am
d