global

Hantar piza tanda solidariti

Oleh Agensi

TORONTO: Pengawal lalu lintas udara di Moncton, New Brunswick, dan Gander, Newfoundland, Kanada, menghantar piza kepada kakitangan persekutuan di Pusat Kawalan Udara New York, Ronkonkoma pada Jumaat lalu, dalam pada gangguan pentadbiran agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) masuk minggu keempat, lapor HuffPost Canada.

Kakitangan di New York itu bekerja tanpa gaji sejak operasi agensi kerajaan terganggu sejak 22 Disember lalu, lapor CBA News.

Presiden AS Donald Trump mahukan AS$5.7 bilion (RM23 bilion) untuk membina sempadan dengan Mexico, namun berlaku konflik mengenai pembayaran kos operasi pembinaannya kerana tidak dipersetujui pihak Demokrat.

Susulan itu, Trump menegaskan penutupan sebahagian kerajaan persekutuan negara sehingga tuntutan danan terbabit diluluskan.

Kenyataan mengumumkan hadiah piza itu dimuat naik ke Reddit oleh bekas pekerja trafik udara New York. David Lombardo, yang menguruskan laman media sosial untuk pekerja industri berkenaan.

Katanya, sebanyak 32 piza dilaporkan dihantar ke situ, malah menjelang semalam, kira-kira 400 piza dihantar ke menara kawalan lalu lintas udara di sekitar AS, termasuk sehingga ke El Paso, Texas.

New York Post memetik Lombardo berkata, Moncton serta Gander “begitu baik hati memutuskan membelikan keseluruhan pejabat ini piza sebagai tanda solidariti dan sokongan ketika gangguan operasi agensi kerajaan ini.”

Disiarkan pada: January 15, 2019 @ 10:45am
d