global

Hamas peruntuk rumah kepada tahanan Israel

Oleh AFP

GAZA: Hamas memperuntukkan rumah baharu untuk bekas tahanan Palestin yang ditahan dalam penjara Israel dengan bantuan pembiayaan oleh Iran.

Menurut kementerian yang bertanggungjawab terhadap banduan, 26 pangsapuri dalam bangunan baharu di selatan Gaza diberikan secara rawak kepada sebahagian daripada 125 bekas banduan Palestin.

Pegawai Hamas berkata, program itu yang pertama dibiaya Iran.

Menurut kementerian itu, bangunan kedua akan dibina di utara Gaza melalui projek bertujuan mengurangkan penderitaan banduan yang dibebaskan.

Iran sudah lama menyokong Hamas dan sekutunya, Jihad Islam, dengan memberi dana, senjata dan latihan.

Israel menganggap Iran sebagai musuh utama, menuduh ia mahu memusnahkan wilayah Yahudi itu menerusi sokongan kepada Hamas dan Hizbullah di Lubnan

Sementara itu di Hebron, semalam, tentera Israel memusnahkan rumah penduduk Palestin di Tebing Barat yang menikam mati seorang rakyat Amerika berketurunan Israel, September lalu.

Tentera Israel yang tiba di rumah Khalil Jabareen di bandar Yata, dibaling batu oleh penduduk.

Khalil yang berusia 17 tahun ketika kejadian, cedera akibat ditembak sebelum ditahan.

Israel mengamalkan dasar memusnahkan rumah penduduk Palestin yang menyerang penduduk Yahudi.

Disiarkan pada: January 19, 2019 @ 4:00am
d