global

[UPDATED] Korban letupan meningkat kepada 73 orang

Oleh AFP

TLAHUELILPAN: Angka korban letupan akibat kebocoran saluran paip minyak di Tlahuelilpan, Mexico, hari ini, meningkat kepada 73 orang manakala 74 cedera, kata kerajaan.

“Jumlah kematian yang diterima setakat ini meningkat kepada 73 orang selepas penemuan lima mayat,” kata Gabenor Hidalgo, Omar Fayad.

Fayad berkata, jumlah itu semakin meningkat kerana mangsa yang juga penduduk tempatan mencuri minyak yang bocor di tapak saluran paip itu walaupun perintah larangan sudah dikeluarkan.

Letupan itu yang setakat ini mencederakan 74 orang berlaku berhampiran Talahuelilpan, sebuah bandar yang mempunyai 20,000 orang kira-kira satu jam perjalanan ke utara Mexico City.

Terdahulu, video di media sosial menunjukkan perbuatan penduduk itu berlaku pada waktu siang malah dilihat askar bersenjata, seterusnya mencetuskan persoalan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.

Kerajaan berkata, askar sampai ke situ selepas syarikat petroleum Pemex mengesan kebocoran itu, namun tidak sempat menutup kawasan berkenaan disebabkan terlalu ramai orang.

Disiarkan pada: January 20, 2019 @ 1:47pm
d