global

Gempa bumi 6 magnitud gegar Sumbawa

Oleh Reuters

SINGAPURA: Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi berukuran 6 magnitud melanda bandar Raba, di kepulauan Sumbawa, Indonesia, sebentar tadi.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada amaran tsunami, atau laporan kematian dan kerosakan diterima akibat gempa bumi berkenaan.

Menurut USGS, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 25 kilometer dan kira-kira 219 kilometer di selatan Raba di timur Sumbawa, iaitu sebahagian daripada wilayah barat Nusa Tenggara.

Disiarkan pada: January 22, 2019 @ 11:29am
d