global

Jururawat lelaki AS ditahan rogol pesakit koma

Oleh AFP

LOS ANGELES: Seorang jururawat lelaki ditahan di Arizona atas tuduhan melakukan serangan seks terhadap seorang wanita sehingga mangsa melahirkan bayi, ketika dalam keadaan koma jangka panjang, menurut polis Amerika Syarikat (AS).

Bulan lalu, mangsa yang berusia 29 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. DNA bayi itu padan dengan DNA suspek sehingga membawa kepada penahanan terbabit, kata polis.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Nathan Sutherland, 36, berdepan satu tuduhan serangan seks dan satu tuduhan salah laku terhadap individu dewasa yang tidak berdaya, kata Sarjan Tommy Thomson.

“Saya dimaklumkan bayi lelaki ini dalam keadaan baik,” kata Thomson.

Menurut kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kemudahan penjagaan kesihatan itu meletak jawatan, susulan skandal terbabit.

“Bayi ini dilahirkan dalam keluarga penyayang dan akan dijaga dengan baik,” kata peguam keluarga mangsa wanita terbabit.

Disiarkan pada: January 24, 2019 @ 2:10am
d