global

5 penumpang sakit pesawat 'problem'

Oleh AFP

MONTREAL: Lima penumpang pesawat percutian Air Transat ke Florida dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit sejurus sebelum berlepas dari Quebec City semalam.

Pegawai berkata, ia berpunca daripada kegagalan sistem pengalihan udara tidak berfungsi ketika usaha membuang ais daripada badan pesawat.

Jet berkenaan segera kembali ke pintu lapangan terbang dan 185 penumpang dan enam kru diarah keluar dari pesawat Airbus A321 ke Fort Lauderdale, kata jurucakap syarikat, Debbie Cabana.

Dua penumpang mengadu muntah, pening dan pedih mata dan lima daripada mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Sementara penumpang lain menaiki pesawat Air Transat lain lewat tengah hari semalam.

Disiarkan pada: January 25, 2019 @ 12:31pm
d