global

Ibu nafi potong alat sulit anak perempuan

Oleh Reuters

LONDON: Seorang ibu yang dituduh memotong alat sulit anak perempuannya berusia tiga tahun di rumah mereka di timur London, menangis dan menafikan perkara itu sambil memberitahu juri sesiapa sahaja yang melakukan sedemikian adalah ‘bukan manusia’.

Polis melancarkan siasatan apabila doktor mendapati alat sulit kanak-kanak itu seperti dipotong selepas ibu bapa membawanya ke hospital.

Ibu kanak-kanak itu yang menjalani perbicaraan kecacatan pada alat kelamin wanita (FGM), berkata anaknya tercedera ketika cuba mengambil biskut di dapur.

Ibu bapa kanak-kanak itu, menafikan dua dakwaan FGM dan gagal melindungi seorang gadis daripada risiko FGM pada 28 Ogos 2017.

Perbuatan FGM menyalahi undang-undang di Britain sejak 1985, tetapi tidak pernah berjaya dalam pendakwaan.

Tetapi adik lelaki kanak-kanak malang itu memberitahu polis dalam satu rakaman temubual, bahawa ibunya memotong alat sulit kakaknya.

Disiarkan pada: January 29, 2019 @ 2:06pm
d