global

Tentera bantu penduduk, buaya atasi banjir 'sekali dalam seabad'

Oleh AFP

CAIRNS: Tentera Australia dikerah untuk menangani banjir besar ‘sekali dalam seabad’ yang menenggelamkan rumah, sekolah dan lapangan terbang di timur laut negara itu selain memaksa ratusan penduduk berpindah termasuk buaya.

Hujan monsun yang berterusan di negeri utara Queensland itu memaksa Angkatan Pertahanan Australia mengisi beg pasir, mengerahkan kenderaan kargo amfibia dan membantu menyelamatkan penduduk yang menunggu di atas bumbung rumah mereka, hari ini.

Australia utara kebiasaannya mengalami hujan lebat pada musim tengkujuh, namun kali ini hujan yang berterusan melebihi paras biasa.

Lewat semalam, pihak berkuasa terpaksa membuka pintu banjir untuk melepaskan aliran air yang dianggap sebagai ‘berbahaya dan tinggi.’

Penduduk Townsville yang terjejas bukan sahaja perlu menghadapi banjir kilat, tanah runtuh dan terputus bekalan elektrik, tetapi juga buaya air masin yang muncul di jalan berdekatan kediaman.

Perdana Menteri negeri Annastacia Palaszczuk, berkata lebih 1,100 orang menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan segera.

Setakat ini, kira-kira 400 penduduk Townsville berlindung di kem tentera Lavarak dan turut dibantu pasukan Palang Merah.

Sekitar 400 penduduk Townsville telah mencari tempat perlindungan di barak tentera Lavarak berhampiran dan Palang Merah juga membantu dengan tindak balas dan usaha pemulihan.

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 3:06pm
d