global

Paus Francis lawat UAE

Oleh Agensi

ABU DHABI: Paus Francis menjadi pemimpin besar Katolik pertama melawat Semenanjung Arab, hari ini dan dijangka meningkatkan krisis kemanusiaan di Yaman.

Daily Mail melaporkan, beliau mendarat di Abu Dhabi beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataannya mengutuk peperangan di Yaman, manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai peranan utama dalam ketenteraan.

Kedatangan beliau disambut Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Putera Mohammed adalah sekutu kepada Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman yang bertemu dengan beberapa wakil Kristian di luar negara sebagai sebahagian daripada percubaan memperkenalkan kerajaan konservatif.

Beliau turut berkenalan dengan beberapa menteri kabinet serta pegawai yang beragama Islam dan Katolik.

Sebelum menaiki penerbangan Alitalia, beliau mengikuti dengan penuh minat krisis kemanusiaan di Yaman, kata beliau semalam di Vatican City.

Francis menggesa semua pihak untuk melaksanakan perjanjian damai dan bantu salurkan bantuan makanan serta ubat-ubatan kepada jutaan orang yang kelaparan.

Sepanjang lawatan selama 48 jam itu, Francis dijadualkan bertemu dengan pemimpin Islam dan mengendalikan upacara gereja yang dijangka dihadiri kira-kira 120,000 pengikut Katolik.

Beliau berkata: “Perjalanan itu satu peluang untuk membuka halaman baru dalam sejarah hubungan antara agama.

Tuan rumah, UAE yang menamakan 2019 sebagai Tahun Bertoleransi, berkata kunjungan itu mencerminkan sejarah negaranya sebagai 'pendukung kepelbagaian'.

Paderi dan diplomat menggambarkan UAE sebagai salah satu persekitaran paling terbuka di Teluk untuk penganut Kristian. Tetapi sepertimana jirannya, UAE tidak membenarkan perbezaan pendapat atau kritikan ke atas pemimpinnya.

UAE menjadi tempat tinggal kepada kira-kira separuh daripada dua juta ekspatriat Katolik yang tinggal di semenanjung Arab, juga adalah wilayah suci dan kelahiran agama Islam di Arab Saudi.

Sebilangan besar ekspatriat itu adalah orang Filipina dan India yang bekerja di sana dan berupaya menghadapi situasi buruk ke atas buruh.

Semua negara Teluk kecuali Arab Saudi membenarkan penganut Kristian bersembahyang di gereja atau sewaktu dengannya menerusi lesen khas.

Di Arab Saudi, masyarakat bukan Islam melakukan upacara doa ketika perhimpunan rahsia di rumah dan kedutaan.

Francis juga akan bertemu dengan Sheikh Ahmed al-Tayeb yang juga Imam besar masjid dan Universiti Al-Azhar Mesir, tempat belajar pengikut Sunni yang berusia 1.000 tahun.

Persidangan dialog antara agama yang ditaja oleh Emirates-based Muslim Council of Elders itu diadakan di Masjid Besar Sheikh Zayed, Abu Dhabi, sebagai inisiatif menentang fanatik agama dengan mempromosikan kesederhanaan dalam Islam.

Perbincangan antara Francis dan Sheikh Ahmed al-Tayeb esok bukan sahaja menarik wakil Kristian dan Islam malah beratus-ratus pemimpin agama Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain pemimpin Kristian.

Francis turut memimpin upacara gereja terbuka di stadium Zayed Sport City, Abu Dhabi iaitu perhimpunan terbesar pernah dianjurkan di UAE dan dijangka menarik kira-kira 135,000 penganut Kristian di Semenanjung Arab.

Ini adalah pertemuan kelima antara Francis dan Sheikh al-Tayeb, yang dimulakan oleh Paus Benedict XVI pada 2006.

Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 5:47pm
d