global

Pink terima anugerah Walk of Fame

Oleh AFP

LOS ANGELES: Penyanyi Pop, Pink diberi bintang penghormatan di Hollywood Walk of Fame, semalam yang dianggapnya sebagai sesuatu yang di luar realiti.

“Saya berasa seolah-olah bermimpi dan kalau sesiapa cubit saya, akan ditumbuk di kening kirinya,” gurau penyanyi itu sambil ditemani suami dan dua anak mereka.

“Ramai yang fikir saya akan menerima bintang ‘walk of shame’, tetapi sebaliknya saya di sini, hari ini,” tambah penyanyi dan komposer berusia 39 tahun itu.

Pink atau nama sebenarnya Alecia Beth Moore turut berkongsi penghormatan itu untuk bapanya yang banyak memberi dorongan untuk dia menjayakan cita-cita dalam bidang yang diminatinya.

Pink pernah dicalonkan untuk 20 anugerah Grammy dan memenangi tiga daripadanya. Ahad ini, beliau turut dicalonkan di Anugerah Grammy bagi kategori album vokal pop terbaik menerusi ‘Beautiful Trauma’. - AFP

Disiarkan pada: February 6, 2019 @ 11:37am
d