global

Della Perez dipanggil bagi keterangan [VIDEO]

Oleh Agensi

JAKARTA: Adik kepada Julia Perez, Della Wulan Astreani yang juga dikenali sebagai Della Perez dilaporkan terbabit dalam dakwaan kes pelacuran dalam talian.

Tribunnews.Com melaporkan, Della diarah untuk memberi kenyataan di Pejabat Polis Daerah Jawa Timur, Surabaya, esok, namun dilihat hadir ke sana, pada hari ini.

Peguam Della, Minola Sebayang, berkata Della memberi kerjasama ketika disoal siasat bagi memastikan sama ada beliau mempunyai kaitan dengan kes pelacuran dalam talian.

“Kami akan terangkan segala-galanya. Menurut Della, beliau tidak melakukan aktiviti berkenaan, tetapi hanya berkomunikasi bersama salah seorang rakannya, tidak ada perkara lain,” kata Minola.

Detik News pula melaporkan, terdahulu, Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Luki Hermawan menyebut sekurang-kurangnya 45 artis dan 100 model di negara itu terbabit dalam kes pelacuran dalam talian.

Setakat ini, enam artis sudah dikenal pasti iaitu Maulia Lestari, Riri Febrianti, Aldira Chena, Fatya Ginanjarsari, Bayi Shu dan Tiara Permata Sari.

Luki berkata, pihaknya akan memanggil lapan lagi artis yang hanya dikenali sebagai SR, GM, CSA, EVL, RB, MS, HKK dan DP.

Disiarkan pada: February 6, 2019 @ 6:47pm
d