global

Ketua 'tokan' dadah serah diri

Oleh AFP

Dhaka: Lebih 100 pengedar dadah termasuk ketuanya akan menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas Bangladesh melancarkan perang anti-dadah untuk menghapuskan permintaan terhadap pil murah iaitu yaba.

AFP yang memetik pihak berkuasa melaporkan, kumpulan itu yang terdiri daripada pengedar, penyeludup serta beberapa ketua pengedar dadah di bandar Teknaf akan menyerah diri minggu ini.

“Ia akan menjadi sejarah dan kejayaan terbesar kami dalam perang dadah. Mereka ini akan dihukum mengikut undang-undang konvensional,” kata ketua polis Cox Bazar, Masud Hossain.

Kemasukan pil yaba ke Cox Bazar dikatakan berleluasa apabila kebanyakan pelarian Rohingya digunakan sebagai ‘keldai dadah’ untuk menyeludup pil berkenaan.

Perang dadah yang dilancarkan oleh polis Bangladesh itu menyebabkan pengedar dadah menyerah diri beramai-ramai dan seramai 25,000 ditahan sejak Mei tahun lalu.

Disiarkan pada: February 12, 2019 @ 10:10pm
d